Monday 21 January 2013

Welcome اهلا و مرحبا بكم

Selamat Pagi n' Salam Perkenalan...
TQ 4 befriends me... Yosh!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Sangat bersyukur kerana dah dapat 'reset' button. Tapi... tak taw nak 'share' ape kali nie... Tetibe, jumpe bahan yang elok 'share'... Patut la cerdik pandai pesan supaya belajar, berhijrah, berkawan, berkongsi, berusaha n' berkasih-sayang... Ooo my lovely friends, sesungguhnya hidup ini indah bila kita ikut 'life manual guide' yg boleh juga dikenali sebagai 'Al-Quran dan Sunnah'... How so ever, wajib untuk sentiasa belajar n' beramal baik.
Di dunia ini tiada siapa yang ingin menjadi orang yang bodoh, tetapi kita akan jadi bodoh apabila kita malas untuk mencari ilmu, sangat sedih melihat orang yang tidak memiliki ilmu bukan hanya tidak mampu membantu orang lain, malah ia juga tidak mampu menemui kejayaan untuk dirinya sendiri. 
Menurut Dr.'Aidh bin Abdullah Al-Qarni; "Kebodohan itu sangat membosankan dan menyedihkan, ini kerana ia tidak pernah menimbulkan sesuatu yang baru yang lebih menarik dan segar, di mana yang kelmarin bagaikan terasa seperti hari ini, dan yang hari ini terasa bagaikan yang hari esok"

Bila dah pandai, ingatlah untuk jihad... Sesungguhnya islam itu terang dan nyata dengan 'Al-Quran dan Sunnah' sebagai panduan yang tertulis apa yang ada dilangit dan dibumi. 
Wish.U.Get.The.LIGHT
”Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Surah Muhammad : Ayat 7

This.I.Promise.U.Darling
Tipu daya Syaitan: Memperindahkan Perkara Mungkar.
Apabila syaitan diusir dari langit, ia berjanji:
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan
(segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”
[al-Hijr 15:39]

Tipu daya ini telah dilaksanakan oleh syaitan kepada setiap generasi umat manusia dari awal:
Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul
kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad),
lalu syaitan memperindahkan pada (pandangan) mereka
akan amal-amal mereka (yang sebenarnya mungkar);
maka Dia-lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini (Hari Kiamat)
dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[al-Nahl 16:63]

Maksud memper-indahkan perkara mungkar ialah memberi pengaruh palsu kepada umat Islam bahawa apa yang sedang mereka lakukan adalah amal shalih yang baik lagi sesuai dengan Islam. Akan tetapi yang benar apa yang sedang dilakukan itu adalah amal mungkar yang buruk lagi bertentangan dengan Islam. Amatlah mudah bagi syaitan untuk memperindahkan sesuatu yang sebenarnya mungkar kerana sejak awal ia telah berjaya menakutkan umat Islam dari menuntut ilmu . Tanpa ilmu, umat Islam tidak dapat mengukur baik atau buruk sesuatu perkara berdasarkan ukuran al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Terdapat beberapa cara syaitan memperindahkan perkara mungkar. Antaranya ialah dengan memberi nama-nama yang indah kepada sesuatu yang sebenarnya haram. Ini dapat kita pelajari dari pengalaman Nabi Adam ‘alaihi salam. Ketika Adam berada dalam syurga, Allah Subhanahu wa Ta'ala berpesan kepadanya, bahawa dia boleh memakan apa jua yang dia sukai kecuali satu jenis pohon (pokok):

Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga,
dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai,
dan janganlah kamu hampiri pohon ini;
(jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu
dari golongan orang-orang yang zalim.”
[al-Baqarah 2:35]

Syaitan ingin mengeluarkan Adam dari syurga. Bagaimana caranya? Aha! Tukar nama pohon yang “dilarang” kepada nama yang lebih indah, seperti pohon yang “memberi kehidupan dan kekuasaan yang kekal abadi”. Allah 

Subhanahu wa Ta'ala menerangkan tipu daya syaitan ini:

Setelah itu maka syaitan membisikkan kepadanya dengan berkata:
“Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu
pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya,
dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”
[Ta-Ha 20:120]


I.Hope.We.R.Not.In.THE.END.lol
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Akan datang di kemudian
hari nanti--setelah aku
tiada--beberapa pemimpin
yang berdusta. Barangsiapa yang
membenarkan pendustaan
mereka dan membantu
tindakan mereka yang 
aniaya itu, maka ia bukan 
termasuk umatku,
dan bukanlah aku
daripadanya. Dan
ia tidak akan dapat sampai
datang ke telaga (yang
ada di syurga)”.
[H.R. TIRMIDZI]



AimannavigateE.WishUmyNakamA

No comments:

Post a Comment